Thursday, June 7, 2012

Resepi Pavlova

Dok google2 sana sini jumpa si pavlova ni...cantik tertarek menarik ja rasanya...nanti rajin2 nk try buat lah...tp tempek dulu resepi kt sini...hehehehe



 Bahan-bahan :
 4 biji putih telur
 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

 Topping/hiasan :
 1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

 Tip sebelum membakar : 
 1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
 2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

 Cara-cara : 
 1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
 2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
 3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.  Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
 4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
 5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
 6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci.
 7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.

 Masa membakar : 
 1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
 2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak.  Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

 Cara menghias :
 1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
 2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
 3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai. Sedia untuk dimakan.






resepi dan gambar ni ambik kt sini
 

4 comments:

  1. dlm byk2 kek aku teringin giler nk rasa pavlova neh..tp nk buat tu mmg bukan level aku la..game cake online aku hebat haahhaa

    ReplyDelete
  2. hahahaha...tgk pada resepi tu mcm senang ja gaya nk membuatnya...nnt aku buat hang mai mkn noh

    ReplyDelete
  3. sedap kek nih..dah try buat tp x berapa nak menjadi,mungkin salah teknik kot..hehe
    sorry singgah sini..

    ReplyDelete
  4. hai mama aryan...cik skinz pun x buat lg ..teringin nk buat, nnt kalau menjadi kita kongsi2 rahsia ye...

    ReplyDelete