Wednesday, November 2, 2011

resepi Tuna Fettucinne Cabonara


Entry ni dibuat atas permintaaan cik stickynote yang terliur tgk gmbar tuna fettuccine cabonara yang ai masak hari tu...jadiknya ni entry tuk mu wahai cik stickynote.

Bahan-bahannya:

sebungkus fettuccine / spaghetti
3 sudu butter/ majerin
1 labu bwg besar ( chop2)
1 tin susu cair + 1 tin air
3 tin tuna in water (tin kaler biru) – chop2 guna garfu supaya xberketul sangat
1 tin prego’s herbs and cheese (tin kuning)
2 tin prego’s mushroom cream
1 tin cendawan – u slice2 kan (nak lagi ladzot letak 2 tin)
Sedikit lada hitam – blander/ ikut suka nak pedas tara mana

Cara2 :

panaskan periuk, masukkan majerin + bawang yang dichop2 tadik, biar agak wangi2 sket.

Then campak je semua bahan tu dalam periuk.

Masak menggunakan api yg sederhana sahaja sehingga mendidih.

Paling gempaq, tak perlu boh garam atau sebarang perasa tambahan. Kalu ingkar, garenti xjadi sedap.

TAPI kalau yang suka makan masin tu elok la letak garam sket.sebab kalau tak letak kuah dia masin lite2 jer.


dan inilah hasilnya:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Gambaq dr Pakcik Gugel






8 comments:

  1. sila try okkei...sangat sedap..klu x suka tuna tukar boh ayam @ sosej pun boleh...

    SELAMAT MENCUBA KAWAN2!

    ReplyDelete
  2. Nyah..ko takmo bagi mak kopi ker resepi ko tu. Malas nak menyalin. Nak balik wat time raya kat Melben neh. Huhu

    ReplyDelete
  3. teringat zaman keja shakey's pizza kat alam sentral..hehe

    ReplyDelete
  4. Dah dapat. Macih daun nyok. Lepas makan, p lena baru syok. Ngeeeeee :p

    ReplyDelete
  5. komen last dari ky tuh paling kelasssss...lawak melben gitew

    ReplyDelete